Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka Datuk Ts. Kamel Mohamad(baju oren) turut menyertai Operasi Gerak Gempurmembersihkan sekitar kawasan Ayer Keroh hari ini.FOTO NAZRI ABU BAKAR
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka Datuk Ts. Kamel Mohamad(baju oren) turut menyertai Operasi Gerak Gempurmembersihkan sekitar kawasan Ayer Keroh hari ini.FOTO NAZRI ABU BAKAR
Oleh Nazri Abu Bakar


Melaka: Bukan hanya sekadar melepaskan kerinduan rentas negeri malah ribuan pelancong yang memasuki Melaka secara drastik turut meningkatkan jumlah sampah di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman selepas terbabit dalam program Operasi Gerak Gempur di seluruh kawasan Ayer Keroh di sini, tadi.

Katanya, aspek kebersihan tidak memuaskan susulan kehadiran pelancong luar mendorong pihaknya menganjur operasi berkenaan

Menurutnya, operasi membabitkan 60 pekerja dan 12 kontraktor pembersihan dengan pembahagian tugas menyeluruh di 12 lokasi.

Beliau berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka Datuk Kamel Mohamad turut membuat tinjauan dan bersama-sama bergotong royong sekali gus memberi semangat kepada pekerja di sekitar Dataran Sejarah dan Tasik Ayer Keroh

"Peningkatan pelancong agak ramai sejak kelmarin namun kesedaran masih tidak memuaskan. Kami dapati banyak sampah tin dan plastik minuman dibuang merata-rata.

"Hari ini kami dapati banyak sampah berpunca kemasukan ramai pelancong luar. Walaupun kemasukan pelancong ini baik untuk ekonomi negara namun itu turut mencemarkan keindahan negeri ini," katanya.

Sementara itu Kamel berkata, Melaka sentiasa menjaga kebersihan kerana mahu memastikan negeri itu selesa, selamat dan tenang ketika dikunjungi.

Katanya, dia juga turut mahu kontraktor pembersihan menjadi contoh termasuk pekerja, penjawat awam serta semua penduduk Melaka mengutamakan aspek kebersihan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Oktober 2021 @ 2:58 PM