GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Mangsa banjir di negeri ini meningkat seramai 380 orang daripada 131 keluarga yang ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini iaitu di Sik, Baling dan Kulim.

Jumlah itu meningkat berbanding 263 mangsa dari 95 keluarga yang dilaporkan di dua daerah iaitu di 14 PPS di Baling dan Sik, setakat jam 8 malam tadi.

Satu PPS di daerah Padang Terap yang dibuka kelmarin menempatkan 10 mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi sudah ditutup sepenuhnya semalam.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, setakat jam 8 pagi tadi, tiga PPS baharu dibuka iaitu dua di Baling dan satu di Kulim.

Beliau berkata, dua PPS di Baling dibuka malam tadi di SK Tembak A pada jam membabitkan seramai 30 mangsa daripada lapan keluarga, dan dua mangsa di PPS SK Jemerli.

"Selain itu, satu PPS di daerah Kulim iaitu PPS SK Merbau Pulas dibuka pada 6 petang semalam yang membabitkan 27 mangsa dari 10 keluarga," katanya.

Beliau berkata, pemantauan masih dilakukan dari masa ke semasa di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 10:03 AM