Situasi banjir di beberapa lokasi pada awal pagi di sekitar daerah Kota Belud. FOTO IHSAN PEMBACA
Situasi banjir di beberapa lokasi pada awal pagi di sekitar daerah Kota Belud. FOTO IHSAN PEMBACA
Yun Mikail


Kota Kinabalu: Seramai 69 mangsa banjir di Sabah masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata, jumlah berkenaan membabitkan 19 keluarga di dua PPS bagi daerah Sipitang dan Kota Belud setakat jam 8 pagi.

"Bilangan mangsa banjir yang paling ramai dipindahkan ke PPS ketika ini adalah daerah Sipitang.

"Seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga kini berada di PPS Dewan Mini Mesapol.

"Hanya 36 penduduk melibatkan sembilan keluarga yang masih ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Tamau setakat pagi ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan walaupun jumpa mangsa terjejas banjir yang berada di PPS semakin berkurangan namun pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan bencana alam sama boleh berulang ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 September 2021 @ 12:27 PM