Nancy Shukri.
Nancy Shukri.
Oleh Mohd Roji Kawi


Kuching: Datuk Seri Nancy Shukri berikrar untuk mencapai prestasi terbaik bagi tempoh 100 hari selepas lantikan dalam Kabinet Persekutuan seperti yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang dilantik memegang portfolio Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin mampu meneruskan khidmat terbaik dalam kementerian itu pernah diterajuinya dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.

"Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai anggota Jemaah Menteri bagi portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya.

"Insya Allah saya akan melakukan yang terbaik bagi mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan," katanya.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, sudah bersedia untuk mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan menghadapi waktu sukar sekarang ketika ini.

"Kepada pasukan kerja MOTAC, mari kita bersama-sama maju ke hadapan dan memastikan ia menjadi kenyataan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 12:29 PM