Tentera Darat mengusir 10 Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) wargenagara negara yang cuba meloloskan diri ke Sarawak dalam tiga tangkapan berasingan Op Benteng semalam. FOTO NORSYAZWANI NASRI
Tentera Darat mengusir 10 Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) wargenagara negara yang cuba meloloskan diri ke Sarawak dalam tiga tangkapan berasingan Op Benteng semalam. FOTO NORSYAZWANI NASRI
Norsyazwani Nasri
am@hmetro.com.my


Kuching: Tentera Darat (TD) mengusir 10 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indoneis yang cuba menyusup masuk ke negeri ini dalam tiga tangkapan berasingan Op Benteng semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan hari ini, berkata, dalam pengusiran pertama, lima Pati dikesan cuba memasuki kawasan Malaysia menggunakan lorong tikus berhampiran batu sempadan di Biawak, Lundu, jam 2.45 petang.

Katanya, soal siasat ke atas lima Pati termasuk seorang wanita itu mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan.

"Pengusiran kedua dilakukan jam 7.15 malam membabitkan tiga Pati yang dikesan berjalan dari sempadan untuk memasuki kawasan Malaysia melalui ladang Tetangga Akrab, Balai Ringin," katanya.

Katanya, pengusiran Pati ketiga dilakukan pada jam 9.45 malam ke atas dua individu yang memasuki sempadan Malaysia dari Indonesia di Jalan Ensawang, Lubok Antu.

Katanya, kesemua Pati terbabit diusir keluar dari sempadan Malaysia dan laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.

"Anggota Tentera Darat khususnya di Sarawak amat komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng dalam mengekang aktiviti Pati menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan pada setiap masa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 2:54 PM