Jeff (tengah) menyampaikan bakul simpanan kepada penduduk Flat Maluri. FOTO ihsan pembaca
Jeff (tengah) menyampaikan bakul simpanan kepada penduduk Flat Maluri. FOTO ihsan pembaca
Murnaena Muhammad Nasir


Kuala Lumpur: Seramai 200 keluarga di Flat Maluri, di sini, mampu menarik nafas lega selepas mendapat bantuan bakul makanan daripada syarikat pembinaan swasta semalam.

Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Eksekutif JL99 Group Datuk Seri Jeff B K Lee bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurut Jeff, bantuan bakul makanan itu bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

"Dalam bakul makanan ini ada barangan keperluan seperti sardin, beras, telur, gula dan lain-lain.

"Kita tahu ramai sekarang terjejas dan disebabkan itulah syarikat terus melakukan sumbang melalu program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Moga ia dapat membantu mereka yang susah ketika ini," katanya.

Katanya, sehingga kini lebih 1,800 keluarga di sekitar Lembah Klang sudah dibantu pihaknya.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk, Mohd Ali Salland berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan berkenaan yang nyata meringankan kesusahan penduduk di flat itu yang terdiri daripada mereka dalam kalangan B40.

"Terima kasih kepada Datuk (Jeff) dan pasukannya sekali lagi," katanya.

Antara barangan yang disampaikan kepada penduduk Flat Maluri. FOTO ihsan pembaca
Antara barangan yang disampaikan kepada penduduk Flat Maluri. FOTO ihsan pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 12:17 PM