DEWAN Rakyat. FOTO arkib NSTP
DEWAN Rakyat. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh sehingga 3.30 petang hari ini bagi memberi laluan kepada perbincangan berhubung Aturan Urusan Mesyuarat (AUM).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mesyuarat mengenai AUM masih lagi berlangsung ketika ini.

"Ahli-ahli Yang Berhormat, perbincangan masih lagi diadakan berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Sehubungan dengan itu selaras dengan peraturan 12(2), sekarang ini saya menempohkan mesyuarat ini sehingga jam 3.30 petang, terima kasih," katanya.

Terdahulu, sidang khas berkenaan ditangguhkan selama 15 minit selepas beberapa ahli parlimen meminta penjelasan berhubung kenyataan media dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Ia menimbulkan kekecohan dengan beberapa ahli parlimen meminta tindakan segera diambil susulan kenyataan media berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 3:02 PM