Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan semalam, menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari lalu adalah sebanyak 13,107,716 dos.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 11:12 AM