Foto hiasan
Foto hiasan
Amir Abd Hamid dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Malaysia dijangka menerima 500,000 dos vaksin Sinovac yang disumbangkan China tidak lama lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin berkata, vaksin itu dijangka diterima pada pertengahan bulan ini.

Menurutnya, beberapa hari lalu Malaysia sudah menerima satu juta dos vaksin Pfizer sumbangan Amerika Syarikat (AS) dan satu juta lagi dos vaksin AstraZeneca (AZ) disumbangkan Jepun.

"Perolehan kira-kira 5.4 juta dos vaksin Pfizer yang dibeli kerajaan dijangka tiba bulan ini.

"Kita juga akan menerima perolehan kira-kira 500,000 dos vaksin AZ yang sudah ditempah kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan mengenai perkembangan Pick yang turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, baki daripada 12 juta dos vaksin Sinovac akan diterima sepenuhnya bulan ini yang mencukupi untuk diberikan kepada kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 3:08 PM