GAMBAR fail, Annuar. FOTO NSTP
GAMBAR fail, Annuar. FOTO NSTP
Fahmy A Rosli


Kuala Lumpur: Pemberian vaksin Covid-19 di Kuala Lumpur berjaya mencapai 100 peratus bagi suntikan dos pertama.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, data itu merangkumi pemberian suntikan vaksinasi membabitkan penduduk Kuala Lumpur termasuk yang tinggal di luar kawasan ibu negara.

Untuk memperoleh maklumat lebih tepat, beliau berkata, data diperoleh perlu dikemaskini terlebih dahulu.

"Syukur kepada Allah SWT, suntikan di WP KL (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) mencapai 100 peratus untuk dos pertama.

"Namun kerana terdapat juga bukan warga Kuala Lumpur yang mengambil suntikan di Kuala Lumpur, data perlu dikemas kini yang mana kira-kira 20 peratus mungkin bermastautin di luar Kuala Lumpur.

"Apapun, kira-kira 80 peratus warga ibu kota sudah mendapat dos pertama," katanya menerusi Twitter.

Berdasarkan data yang dikongsi Annuar menunjukkan seramai 1,795,261 orang sudah lengkap menerima suntikan dos pertama dan kedua di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Kuala Lumpur sahaja, pemberian suntikan vaksinasi merekodkan 1,369,537 dos pertama dan 339,043 dos kedua.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 9:22 PM