Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 20,418,495 individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kira-kira 2.8 peratus lagi untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, 94.3 peratus atau 22,070,545 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala tiga peratus atau 92,949 remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah selesai divaksinasi.

Sejumlah 211,517 dos sudah diberikan semalam dengan 89,695 membabitkan dos pertama manakala 121,822 dos kedua, menjadikan jumlah pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,145,505 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, 109 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan 33 daripada jumlah itu membabitkan kematian dilaporkan berlaku di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,565.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 11:27 AM