Gerai durian yang didakwa membenarkan pelanggan makan di premis.
Gerai durian yang didakwa membenarkan pelanggan makan di premis.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Polis menasihatkan peniaga gerai durian mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak membenarkan pelanggan makan di premis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya mendapati ada peniaga terbabit melanggar SOP berkenaan.

Katanya, pemantauan diadakan secara berterusan bagi memastikan semua pihak termasuk peniaga mematuhi SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa.

"Berkaitan tular gambar gerai durian di Taman Ungku Tun Aminah di Skudai yang didakwa gagal mematuhi SOP dengan membenarkan pelanggan makan di premis, polis sedang menyiasat kesahihannya.

"Anggota polis sudah menjalankan pemantauan di gerai berkenaan berulang-kali sejak malam tadi, namun tidak menemukan sebarang kegiatan membenarkan pelanggan makan di gerai berkenaan," katanya hari ini.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan operasi gerai berkenaan yang didakwa melanggar SOP.

Sehingga kini gerai berkenaan didapati tidak melanggar sebarang SOP ditetapkan, oleh itu polis tidak mengambil sebarang tindakan seperti kompaun," katanya.

SOP," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di media sosial gambar gerai menjual durian yang didakwa di Jalan Tun Fatimah, Taman Ungku Tun Aminah membenarkan pelanggan makan di premis.

Gambar memaparkan beberapa individu menikmati durian di meja dan ruangan disediakan dan terdapat beberapa individu menggunakan pelitup muka.

Ia sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mempersoalkan perbuatan peniaga terbabit ketika Covid-19 masih menular dalam komuniti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Julai 2021 @ 6:01 PM