Petugas kesihatan memasukkan cecair vaksin jenis Sinovac sebelum membuat suntikan vaksin COVID-19 kepada penerima vaksin. FOTO GHAZALI KORI

Petugas kesihatan memasukkan cecair vaksin jenis Sinovac sebelum membuat suntikan vaksin COVID-19 kepada penerima vaksin. FOTO GHAZALI KORI

Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Selangor dijangka berupaya memvaksin sekurang-kurangnya 80 peratus individu dewasa pada September depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin menyatakan jangkaannya itu menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

"Selangor akan meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 135,000 sehari pada bulan Julai dan hingga 165,000 sehari pada bulan Ogos.

"Ini bermakna Selangor akan dapat memvaksinasi 80 peratus populasi orang dewasa pada September," katanya.

Sehingga semalam, 59 peratus atau 13,811,642 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 3,510, 783 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 4:40 PM