GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kumpulan petugas media akan mendapat suntikan vaksinasi Covid-19 bermula Rabu ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, petugas media akan mendapat temu janji bermula hari ini.

"Bermula hari ini, akan ada petugas media yang mendapat temu janji. Namun, senarai jumlah sebenar petugas media sedang disemak di peringkat akhir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, yang mula beroperasi, hari ini.

Isu mengenai suntikan vaksin Covid-19 kepada petugas media mula diperkatakan sejak bulan lalu kerana kumpulan pekerja ini masih belum menerima suntikan vaksin.

Semalam tanda pagar #CucukMyPress sudah dimulakan petugas media seluruh negara berikutan tarikh temujanji vaksin itu masih belum diterima meskipun dijanjikan pada awal bulan ini.

Khairy dalam sidang media Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 28 April lalu, mengumumkan kira-kira 1,500 petugas media bakal menerima vaksinasi pada Mei.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 12:56 PM