ANGGOTA Unit Bergerak Vaksinasi Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut tiba di Pusat Jagaan Now Care di Georgetown, semalam. Pasukan ini akan bergerak ke pusat jagaan warga emas bagi memberi vaksinasi kepada penghuni pusat berkenaan bagi memastikan semua lapisan masyarakat di negara ini menerima vaksin Covid-19 bagi membentuk imuniti berkelompok. FOTO Bernama

BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 1,122,420 individu di negara ini melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini.

Beliau berkata angka itu merupakan peningkatan sebanyak 7,736 orang berbanding 1,114,684 pada Rabu.

Selain itu, 2,208,016 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,330,436, katanya dalam hantaran menerusi Twitter beliau.

Selangor merupakan negeri yang merekodkan dos lengkap tertinggi iaitu 145,636, diikuti Sarawak (116,399), Perak (105,302), Kuala Lumpur (101,249) dan Johor (97,983).

Mengikut perancangan, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan membabitkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga akan bermula pada bulan ini hingga Februari 2022, melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lalu, sekitar 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Jun 2021 @ 1:40 PM