TRANSIT Aliran Massa (MRT). FOTO Azhar Ramli
TRANSIT Aliran Massa (MRT). FOTO Azhar Ramli
BERNAMA

Kuala Lumpur: Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lalu, disaran untuk menjalani ujian saringan susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini berkata, saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa beliau positif Covid-19 ketika menaiki tren MRT pada waktu itu.

"Sesiapa yang menaiki MRT dari stesen Bukit Bintang ke Kajang pada 27 Mei (6.40 petang) dan KTM (Komuter) dari Kajang ke Seremban (7.26 malam), jika anda mengalami gejala Covid-19, diminta membuat ujian saringan segera kerana ujian calitan saya adalah positif. Saya mohon maaf," kata wanita itu dalam akaun Twitternya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 4:28 PM