GAMBAR hiasan. FOTO ihsan APMM
GAMBAR hiasan. FOTO ihsan APMM
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) hari ketiga bagi mengesan pemancing, Wan Mohd Sufian Wan Abdul Rahman, 34, yang dilaporkan hilang, Khamis lalu.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata,

operasi yang bermula 7 pagi tadi akan memperluaskan sektor pencarian meliputi 492.72 batu nautika dengan penumpuan di kawasan perairan Kuala Terengganu hingga ke Marang.

APMM mengatur gerak Kapal Maritim (KM) NUSA dan pesawat udara AW139 dengan dibantu bot PL 107 daripada Jabatan Perikanan, serta komuniti nelayan setempat, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Mohd Sufian dilaporkan hilang, Khamis lalu selepas penemuan bot gentian kaca miliknya ditemui 10.1 batu nautika dari muara sungai Kuala Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 11:02 AM