Foto hiasan
Foto hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menafikan mengatur pertukaran pegawai dan anggotanya.

Ketua JSJN Kuala Lumpur Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, pihaknya mengesan satu WhatsApp yang menyebarkan maklumat tidak tepat.

Menurutnya, antara kandungannya adalah ketidakpuasan hati terhadap Ketua JSJN dan timbalannya yang didakwa mengatur pertukaran pegawai dan anggotanya.

"Saya menegaskan bahawa sebarang pertukaran mahupun rayuan pegawai dan anggota di JSJN IPK Kuala Lumpur adalah mengikut saluran yang betul sebagaimana arahan pucuk pimpinan PDRM.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar dan tidak bertanggungjawab sebegini," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 12:38 AM