Foto hiasan
Foto hiasan
Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Lima sekolah di Sabah merekodkan kes positif Covid-19.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun hari ini berkata, lima sekolah berkenaan hanya membabitkan di sekitar daerah ini sahaja.

"Sekolah berkenaan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Shan Tao dengan tiga kes, SJKC Chung Hwa Likas (1 kes); SJKC Chung Hwa (dua kes); Sekolah Menengah Shan Tao (tiga kes) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Yuk, Likas dengan satu kes membabitkan seorang guru di mana kes tersebut direkodkan pada Februari lalu.

"Empat sekolah iaitu SJKC Yue Min Penampang, Yue Min Kindergarten Penampang, St James Likas dan Menggatal Lok Yuk Kindergarten tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19," katanya.

Beliau mengulas mengenainya dalam satu kenyataan media hari ini bagi menjawab dakwaan mengenai senarai sekolah di Kota Kinabalu dan Penampang direkodkan mempunyai kes positif Covid-19 yang tular di media sosial sejak semalam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 8:46 PM