GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi negara ini ditetapkan pada petang Isnin, 12 April bersamaan dengan 29 Syaaban 1442 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui saluran radio dan televisyen pada hari sama, malam berkenaan.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa 29 lokasi terpilih akan melaksanakan cerapan anak bulan oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.

Lokasi berkenaan adalah:

  • Pontian Kecil, Johor;

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

  • Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

  • Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam, Selangor;

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan;

  • Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

  • Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur;

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

  • Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 April 2021 @ 11:26 AM