ANUAR (kiri) menerima sumbangan pelitup muka daripada Azman di pejabatnya hari ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
ANUAR (kiri) menerima sumbangan pelitup muka daripada Azman di pejabatnya hari ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfileds adalah perlu bagi memastikan sebarang permasalahan dapat ditangani dengan segera.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, menerusinya kerjasama itu, pelbagai isu dapat ditangani dengan baik demi kesejahteraan orang ramai.

Katanya, banyak NGO tampil memberikan bantuan dan sokongan kepada polis khususnya pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ada beberapa NGO tampil untuk membantu sepanjang PKP, seperti bantuan makanan ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) dan sebagainya.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan pematuhan undang-undang khasnya di Brickfields dan berharap orang ramai terus mematuhi peraturan ditetapkan.

"Ada juga satu dua kes pelanggaran SOP dengan menggunakan alasan remeh, jadi saya harap orang ramai patuh pada undang-undang ditetapkan," katanya ketika menerima sumbangan pelitup muka daripada Pengerusi Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah hari ini.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya terpanggil untuk menyumbang pelitup muka itu kerana menghargai peranan dimainkan polis untuk menjaga keamanan negara.

Katanya, ia akan diteruskan di beberapa lokasi seluruh negara sebagai usaha menyuntik semangat kepada anggota pasukan keselamatan.

"Insya-Allah kita akan teruskan sumbangan kecil seperti ini di kawasan lain selepas ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mac 2021 @ 6:06 PM