GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills di Bintulu, Sarawak susulan masih terdapat penularan jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan terbabit yang sepatutnya tamat, esok akan dilanjutkan sehingga 25 Mac.

"Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 kes positif Covid-19 direkodkan.

"KKM juga melaksanakan ujian saringan kedua Covid-19 dan masih lagi menunggu keputusan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, KKM mengesahkan masih berlaku penularan kes membabitkan kalangan penduduk di rumah sewa berkenaan.

Justeru katanya, kerajaan membuat keputusan melanjutkan tempoh PKPD selepas meneliti penilaian risiko yang dibuat pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 5:43 PM