GAMBAR hiasan. FOTO Aswadi Alias.
GAMBAR hiasan. FOTO Aswadi Alias.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Kinta, Perak ditamatkan mengikut jadual esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan 619 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 389 kes dilaporkan.

"KKM juga mengesahkan tiada kes baru Covid-19 direkodkan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif serta kontak rapat diasingkan.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan itu esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan, Batang Padang, Perak yang sepatutnya tamat Isnin ini dilanjutkan sehingga 29 Mac ini.

"Sehingga kini, KKM melaksanakan 2,660 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 556 kes positif Covid-19 direkodkan.

"KKM turut mengesahkan terdapat 562 lagi baki sampel saringan sedang menunggu keputusan serta masih berlaku penularan kes membabitkan tahanan di penjara itu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 5:40 PM