Dr Adham (kanan) menziarahi kedua-dua anak Allahyarham Remyzan di Hospital Kajang & Hospital Tuanku Azizah. FOTO TWITTER  Dr Adham
Dr Adham (kanan) menziarahi kedua-dua anak Allahyarham Remyzan di Hospital Kajang & Hospital Tuanku Azizah. FOTO TWITTER Dr Adham
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba melawat anak arwah Remyzan Baharuddin dan Suzyla Ahmad Dahlan di Hospital Kajang dan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur hari ini.

Ketika lawatan itu, beliau turut berkesempatan mendengar taklimat daripada pegawai perubatan mengenai keadaan terkini kedua-dua mereka.

Katanya, keadaan Raiha Syuhaida Remyzan, 13, masih kritikal manakala adiknya and Ra'if Adam, 7, dilaporkan stabil.

"Doakan kedua-duanya dapat harungi detik kecemasan perubatan.

"Kita berdoa semoga Allah SWT berikan kesembuhan kepada mereka. Semoga arwah ibu dan ayah mereka ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya menerusi catatan di Twitter.

Semalam Harian Metro melaporkan, jenazah suami isteri yang terbabit dalam kemalangan itu semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Rinching.

Dalam kejadian Ahad lalu, pasangan suami isteri berkenaan meninggal dunia, manakala dua anak mereka cedera selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Saujana Impian, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu van berkenaan berusia 28 tahun yang memandu kenderaan itu dari arah Semenyih menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mac 2021 @ 4:40 PM