GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin

Sungai Besar: Bekalan air di 30 kawasan di Sungai Besar yang terjejas susulan kejadian paip pecah di Batu 6, Jalan Besar Sungai Lias, di sini, sudah pulih sepenuhnya, hari ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kerja pembaikian siap dilaksanakan pada 7.32 pagi dan bekalan air dibuka bagi proses pemulihan secara berperingkat.

"Kami menyasarkan pemulihan bekalan sepenuhnya pada 11 pagi hari ini.

"Oleh itu, tindakan diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan ke kawasan terjejas," katanya.

Sehubungan itu, untuk bantuan kecemasan, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Semalam, dilaporkan 30 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah pada 7.10 malam.

Kawasan terjejas adalah Kampung Nelayan Sungai Besar, Taman Seri, Taman Ehsan, Taman Raya, Taman Desa Indah, Taman Makmur, Taman Ria, Taman Seri Kanakam, Taman Yu, Taman Cahaya, Taman Seri Indah, Taman Bedena Jaya, Taman Kelisa, Taman Suria, Taman Oscar, Kampung Sungai Lias Baroh, Jalan Surau Kaca, Taman Kelah dan Jalan Taman Pusara.

Turut terjejas ialah Jalan Lama Panchang Bedena sehingga ke Jalan Pantai Sekendi, Taman Arowana Perdana, Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (MITTIS), Kampung Sungai Burung, Bagan Sungai Burung, Kampung Sungai Gatal, Taman Seri Bedena, Masjid Muhammadiah Panchang Bedena, Masjid Lama Panchang Bedena, Kilang Fusipim dan Jalan Besar dari Shell Sungai Lias membawa sehingga ke kawasan berdepan Kem Askar Tebuk Pulai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 12:31 PM