GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Kerajaan Arab Saudi belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai musim haji tahun 2021 walaupun sudah menerima jemaah umrah sejak1 November 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, kira-kira 100,000 jemaah umrah sudah diterima kerajaan Arab Saudi sejak tempoh berkenaan.

"Tahun lalu, ibadat haji ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.

"Marilah kita terus berdoa agar wabak ini pulih sepenuhnya dan kita dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci semula," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, walaupun belum mendapat pengesahan mengenai ibadat haji tahun ini, semua pihak perlu bersedia dengan segala kemungkinan.

"Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh TH secara dalam talian.

"Bakal haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan lakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mac 2021 @ 1:06 PM