GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menandatangani pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), hari ini.

Perkara itu dikongsi oleh beliau menerusi akaun Facebook miliknya.

"Sebentar tadi, saya menandatangani pindaan Akta 342 bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) untuk dilaksanakan seluruh negara.

"Pindaan peraturan di bawah Akta 342 ini akan membatalkan sekatan pergerakan dalam radius 10 kilometer yang mana pergerakan dalam daerah adalah dibenarkan," katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media mengumumkan, kerajaan membenarkan pergerakan lebih 10 kilometer radius dari rumah masing-masing.

Beliau berkata, rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan kerana ia antara penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19.

Katanya, berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) rentas negeri menjadi penyebab beberapa negeri dan daerah hijau bertukar kuning serta merah.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2021 @ 11:08 AM