Maiamalina Mohamed Amin dan Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara, manakala pergerakan rentas daerah juga dilarang bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam 13 Januari 2021.

"Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

"Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, hanya dua anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama," katanya dalam Perutusan Khas Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang disiarkan di stesen televisyen, hari ini.

Beliau berkata, mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 6:43 PM