PENJARA Bentong
PENJARA Bentong
Mohd Rafi Mamat

Temerloh: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbang barangan keperluan asas bernilai RM30,000 kepada Penjara Bentong, semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan berkenaan untuk kegunaan warga penjara dan penghuni pusat kuarantin di penjara terbabit.

Beliau berkata, bantuan kali pertama itu bagi meringankan beban golongan terbabit ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua tahun ini

Katanya, MUIP sentiasa menghargai pengorbanan kakitangan penjara hingga menyebabkan diri mereka sendiri terdedah dengan penyakit berjangkit seperti Covid-19.

"Saya difahamkan penularan Covid-19 di Penjara Bentong kini terkawal sepenuhnya selepas tindakan segera diambil pihak berkuasa sebelum ini dan saya mendoakan episod sama tidak berulang.

"MUIP sentiasa prihatin dengan kesusahan dihadapi masyarakat negeri ini dan bantuan akan diberikan dalam apa juga bentuk antaranya seperti barangan keperluan asas, kewangan, tempat tinggal dan peralatan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2021 @ 4:41 PM