FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Asrol Awang

Kuantan: Kerajaan Pahang membenarkan solat Jumaat dilakukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifli Ali berkata, pihaknya meminta semua jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, kaedah penentuan kehadiran jemaah adalah terbuka namun mereka wajib mengimbas suhu badan, merekod kehadiran melalui MySejatera dan Moveon (PahangGo) yang disediakan di pintu masuk.

"Mereka yang bergejala dan kanak-kanak berumur kurang 12 tahun tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan fardu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, aktiviti pengajian agama hanya dibenarkan di masjid sahaja selepas solat Subuh serta antara waktu Maghrib dan Isyak sepanjang PKP sehingga 4 Februari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 9:26 AM