MANGSA cedera selepas motosikal yang motosikal ditunggangnya dirempuh babi. FOTO ihsan pembaca
MANGSA cedera selepas motosikal yang motosikal ditunggangnya dirempuh babi. FOTO ihsan pembaca
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Seorang anggota tentera terpaksa menerima 13 jahitan pada bahagian kening selepas motosikal ditunggangnya dirempuh babi hutan di Batu 6, Jalan Pantai Teluk Kemang di sini, semalam.

Kejadian kira-kira 9 malam itu berlaku ketika mangsa, 31, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sunggala di sini.

Saksi kejadian, R Gopi Krishnan, 49, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah, namun terkejut apabila melihat seekor babi hutan secara tiba-tiba meluru berlari ke tengah jalan raya sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

"Babi itu sangat besar dan agaknya haiwan itu panik bila tengok banyak kenderaan di situ dan terus merempuh motosikal mangsa yang sedang melalui jalan di situ.

"Akibatnya mangsa terjatuh dan saya terus memberhentikan kenderaan untuk membantunya dan orang ramai yang ada di lokasi pun turut membantu mangsa dengan menghubungi ambulans," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa terus dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan lanjut.

Gopi Krishnan berkata, kehadiran babi hutan di kawasan berkenaan bukan perkara baharu dan ramai penduduk kerap terserempak dengan binatang itu di jalan raya malah sudah pun membuat aduan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

"Bila saya kongsi kejadian ini di Facebook, ramai juga netizen yang turut berkongsi perkara sama dan beritahu terdapat banyak babi hutan berkeliaran sejakkebelakangan ini.

"Saya harap ada tindakan diambil kerana tidak mahu kejadian sama berulang lagi kerana membahayakan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

1-2. PORT DICKSON 14 JANUARY 2021 (.) Mangsa anggota tentera cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh babi di Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson. Ihsan Awam

TAMAT

#kw, tentera dirempuh babi, motosikal, balik tugas, cedera, batu 6, jalan pantai

From: Mohd Khidzir

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 1:18 PM