GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Roji Kawi


Kuching: Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak hanya dibenarkan dirayakan sehari sahaja iaitu pada hari pertama perayaan itu, 12 Februari depan.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, jumlah tetamu dibenarkan pula hanya 20 orang pada satu-saru masa dan terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

"Garis panduan terperinci mengenai prosedur operasi standard (SOP) perayaan itu boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (mlgh.sarawak.gov.my)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai operasi penjualan makanan dan minuman (F&B) di pawagam, beliau berkat,a hanya bahagian F&B pawagam yang dibenarkan beroperasi di seluruh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching, Sibu dan Miri.

"Bagaimanapun, ia termasuk pembelian dan penghantaran makanan seperti Food Panda dan Grab Food sahaja.

"Garis panduan terperinci PKPB untuk daerah Kuching, Sibu dan Miri dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Sarawak (MKN) di portal rasminya www.mkn.gov.my," katanya.

PKPB di daerah Kuching, Sibu dan Miri berkuat kuasa tengah ini hingga jam 11.59 malam, 26 Januari.

Sementara itu katanya, sebanyak 146 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Sarawak, hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sararwak sebanyak 1,574 kes.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 8:42 PM