Kerajaan perlukan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membaikpulih kerosakan jalan di Kampung Kolam Mengabang Telipot, Batu Rakit disebabkan hakisan. FOTO/BAHAROM BAKAR.
Kerajaan perlukan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membaikpulih kerosakan jalan di Kampung Kolam Mengabang Telipot, Batu Rakit disebabkan hakisan. FOTO/BAHAROM BAKAR.
Baharom Bakar


Setiu: Peruntukan RM200,000 diperlukan untuk membaikpulih kerosakan jalan pelancongan di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, Batu Rakit, di sini.

Jalan pelancongan sejauh meter itu rosak disebabkan hakisan pantai yang melanda berikutan fenomena ombak besar akhir bulan lalu.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Terengganu, Anuar Ngah berkata, kerosakan jalan itu disebabkan berlakunya hakisan dan hanya membabitkan satu lorong.

Beliau berkata, walaupun kerosakan hanya membabitkan satu lorong, jalan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna.

"Jalan itu bukanlah laluan utama untuk ke Kota Baharu, sebaliknya laluan alternatif melalui pantai.

"JKR akan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum melakukan kerja membaikpulih kerosakan jalan itu.

"Kerja membaikpulih kerosakan laluan pelancongan itu hanya boleh dilakukan selepas mendapat maklum balas JPS," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 9:27 PM