PENGARAH Bahagian Kejuruteraan  Cerun, JKR, Hassandi Abdullah (kanan) meninjau cerun di Kilometer 44 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. FOTO Yahya Zainuddin
PENGARAH Bahagian Kejuruteraan Cerun, JKR, Hassandi Abdullah (kanan) meninjau cerun di Kilometer 44 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. FOTO Yahya Zainuddin
TUNJAUAN di Kilometer 44 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. FOTO Yahya Zainuddin
TUNJAUAN di Kilometer 44 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. FOTO Yahya Zainuddin
Farah Suhaidah Othman


Ipoh: Gambar cerun runtuh di Kilometer 44 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang tersebar di media sosial sejak semalam dirakam pada 2014 dan struktur laluan itu sudah lama dibaiki serta selamat digunakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, gambar yang tersebar menerusi laman sosial itu menggambarkan berlakunya pergerakan kawasan cerun itu, namun selepas tinjauan dilakukan pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini mendapati keadaan di laluan itu masih selamat.

Katanya, JKR pada hujung 2015 sudah siap membina struktur jalan yang berbeza berbanding dengan jalan biasa di kawasan itu susulan kejadian cerun runtuh terbabit beberapa tahun lalu.

"JKR memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pembinaan laluan sepanjang 430 meter itu termasuk membina struktur cerucuk atau 'piled embankment' di bawah laluan berkenaan.

"Jadi jika berlaku rebak tanah, laluan itu nampak seperti jambatan kerana struktur di bawah laluan itu kukuh untuk menampung sebarang hakisan tanah ," katanya.

Menurutnya, JKR negeri juga akan melakukan usaha untuk meningkatkan lagi keselamatan di kawasan cerun terbabit.

"Kita ada menjalankan usaha untuk menamam rumput di kawasan cerun itu tetapi dalam keadaan cuaca hujan, kawasan berumput itu turut terhakis.

"Jadi kita berharap kawasan cerun itu akab ditumbuhi rumput bagi mengukuhkannya, bagaiamanapunJKR masih memantau dari masa ke semasa dan menaiktaraf kawasan berkenaan," katanya.

Tinjauan wartawan di kawasan berkenaan pada hari ini mendapati pegawai kanan dan kakitangan JKR memeriksa keadaan cerun berkenaan yang menjadi viral sejak semalam dan menimbulkan kebimbangan orang ramai terutama mereka yang ingin bercuti ke Cameron Highlands.

Turut menjalankan pemantuan adalah pegawai dan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 4:35 PM