GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan meramalkan beberapa kawasan di negeri ini akan dilanda banjir susulan amaran amaran cuaca waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bermula hari ini.

Menerusi satu kenyataan, banjir diramal berlaku mulai 10 malam esok di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai berikutan kenaikan paras air di Sungai Galas, Sungai Nal, dan Sungai Pahi.

Di jajahan Gua Musang, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kampung Limau Kasturi dan kawasan sekitar, manakala di jajahan Kuala Krai pula ialah Kampung Bedal; Kampung Bukit Sireh; Taman Warisan; Kampung Kuala Pertang; Kampung Ngagoh dan Kampung Pahi.

Semua penduduk terutama mereka yang tinggal di kawasan yang dijangka berlaku banjir diminta berwaspada.

Maklumat dan amaran akan disalurkan melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook PublicInfoBanjir dan twitter@JPS_InfoBanjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 6:51 PM