GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat menggunakan kepala surat SKMM Pulau Pinang, berhubung maklum balas khidmat sokongan pengguna mengenai laman sesawang yang mengalami sekatan akses.

SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, surat itu adalah palsu, dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"SKMM tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian kepada orang ramai. Oleh itu, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan oleh pihak tertentu yang menyebarkan surat, emel, mahupun mesej yang tidak ditentukan kesahihannya.

"Pada masa yang sama, elak daripada membalas mesej serta klik pada pautan dalam surat berkenaan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk melaporkan dengan segera, sekiranya terjumpa kandungan yang mencurigakan agar tindakan susulan boleh diambil oleh pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2020 @ 12:06 PM