GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Kelantan merekodkan lapan kluster sehingga semalam dengan Kluster Mengketil mencatat jumlah pesakit Covid-19 paling tinggi iaitu 87 kes.

Daripada kluster itu, lima adalah kluster tempatan, manakala tiga lagi membabitkan kluster import.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi Facebook memaklumkan, lima kluster tempatan adalah Mengketil, Huma, Kube, Hilir dan Cengal.

"Manakala tiga kluster import adalah Kluster Kaya, Cergas dan Ikhtisas.

"Setakat ini, Mengketil yang 87 kes di Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai.

"Kluster Huma kedua tertinggi dengan 57 kes, Hilir (25 kes), Kube (24 kes); Cengal (23 kes); Kaya (16 kes); Ikhtisas (6) dan Cergas 1 kes," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi memaklumkan semua kluster berkenaan merekodkan 237 kes, sehingga semalam.

Katanya, jumlah itu termasuk kes aktif dan dalam pemantauan pihaknya.

"Kluster Huma yang menjadi kluster terbaru di Kelantan, insya-Allah terkawal dan kita jangkakan tiada peningkatan ketara daripada kluster berkenaan.

"Sehubungan itu, kita menasihatkan orang ramai supaya terus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 3:49 PM