GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu di Selangor dan Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster di Sabah membabitkan kes di Lahad Datu dan Tawau.

"Kluster Jalan Kilang dan Kluster Perdana Enam di Lahad Datu masing-masing mengesan 24 dan 25 kes positif Covid-19.

"Selain itu, Kluster Jalan Kubota di Tawau pula mengesan 14 kes positif Covid-19," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, kluster keempat, Kluster Monsoon pula dikesan di Petaling, Selangor dengan membabitkan 19 kes positif Covid-19.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 373 kluster dilaporkan termasuk empat empat kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.

"Jumlah kluster tamat pula sebanyak 189 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit, Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Laut menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah 184 kluster.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 43 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

"Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi ialah Kluster Usaha (84 kes), Kluster Kaya (74 kes) dan Kluster Hentian (60 kes)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 6:57 PM