PPS Changkat Lobak, Bagan Serai yang dibuka petang semalam. FOTO ihsan APM
PPS Changkat Lobak, Bagan Serai yang dibuka petang semalam. FOTO ihsan APM
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Bilangan mangsa banjir di Perak berkurangan dengan 239 mangsa daripada 86 keluarga masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 9 pagi, hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, jumlah mangsa menurun berbanding 289 mangsa daripada 104 keluarga di dua daerah Larut Matang dan Selama (LMS) dan Kerian, malam tadi.

"Bagi Daerah Kerian jumlah mangsa di SK Parit Haji Aman meningkat kepada seramai 152 mangsa daripada 63 keluarga.

"Manakala, PPS Changkat Lobak Bagan Serai yang dibuka 5 petang semalam kekal menempatkan 45 mangsa daripada sepuluh keluarga," katanya.

Katanya, bagi LMS mangsa yang ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim kekal 42 mangsa daripada 13 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 10:56 AM