PPS dibuka di Dewan Semai Bakti Felda Ijok di Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada jam 5 petang tadi. FOTO IHSAN APM
PPS dibuka di Dewan Semai Bakti Felda Ijok di Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada jam 5 petang tadi. FOTO IHSAN APM
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir terbaharu dibuka di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) menjadikan seramai 319 mangsa daripada 112 keluarga ditempatkan di lima PPS di tiga daerah setakat jam 9 malam ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, satu pusat pemindahan dibuka di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok di daerah LMS pada jam 5 petang tadi.

"PPS itu menempatkan 67 mangsa daripada 20 keluarga, sekali gus menjadikan daerah berkenaan tertinggi menempatkan mangsa banjir setakat ini.

"Baki seramai 156 mangsa daripada 45 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim," katanya.

Katanya, daerah Kerian pula kekal sebanyak 148 mangsa daripada 62 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman di Bagan Serai.

"Di daerah Hilir Perak, 15 mangsa daripada lima keluarga juga kekal ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 9:45 PM