BERNAMA

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dikenali sebagai 'Alvin Goh' yang direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjudian dalam talian, akan kekal dalam tahanan polis sehingga 20 Disember.

Ia berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid yang menolak permohonan ahli perniagaan itu yang nama sebenarnya adalah Goh Leong Yeong, 32, selepas dia memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan serta-merta.

"Setelah mempertimbangkan penghujahan bertulis dan otoriti yang dipohon oleh pemohon (Goh) dan responden, saya bersetuju dengan pihak responden untuk bantahan awal.

"Oleh itu, saya menolak permohonan (habeas corpus) ini," kata Azhar dalam keputusan ringkas selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Goh memfailkan permohonan itu melalui notis usul di Mahkamah Tinggi di sini pada 3 Nov lepas, menamakan pegawai penyiasat Asisten Superintendan Khairul Fairoz Rodzuan, seorang Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku responden pertama hingga keempat.

Berita berkaitan:

  • Alvin 'panjat pagar SPRM' mohon dibebaskan dari tahanan POCA
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 3:41 PM