MINYAK sawit mengalir dan memasuki longkang susulan kemalangan di Kilometer 276.1 Lebuhraya PLUS arah utara. FOTO ihsan LUAS
MINYAK sawit mengalir dan memasuki longkang susulan kemalangan di Kilometer 276.1 Lebuhraya PLUS arah utara. FOTO ihsan LUAS
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) tidak menolak kemungkinan akan berlaku henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Labu dan Salak Tinggi.

Ini berikutan maklumat daripada pihak PLUS berhubung kemalangan membabitkan treler muatan minyak sawit di Kilometer 276.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, 7.40 pagi hari ini.

"Pihak PLUS memaklumkan muatan minyak sawit itu mengalir dan memasuki longkang di lebuh raya. Insiden itu berkemungkinan menyebabkan henti tugas LRA Sungai Labu dan LRA Salak Tinggi.

"Maklumat awal yang diperolehi menunjukkan bahan cemar akan memasuki Sungai Jerangkang seterusnya ke Sungai Batang Labu.

"Jarak dari punca pencemaran ke LRA Sungai Labu dalam anggaran 10.7 km dan LRA Salak Tinggi 15.68 km," menurut kenyataan LUAS di Facebook, hari ini.

LUAS berkata, pihaknya kini bersama agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.

LUAS akan memaklumkan perkembangan terkini kepada umum dalam masa terdekat.

Berita berkaitan:

  • Lebuh raya sesak 8 km, 3 kenderaan kemalangan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 12:14 PM