GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sembilan ahli perniagaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini bagi membantu siasatan aktiviti 'cuci duit' didalangi Alvin Goh dan orang kanannya, Addy Kana.

Menurut sumber, mereka adalah individu terbaharu dipanggil selepas lima selebriti dipanggil, kelmarin dipercayai terbabit dalam pengubahan wang haram.

"SPRM memanggil mereka selepas kemungkinan perniagaan dijalankan mempunyai kaitan dengan pengubahan wang haram didalangi Alvin Goh dan Addy Kana.

"Setakat ini, ia masih dalam siasatan dan mereka hanya dipanggil bagi memberi keterangan berkaitan kes ini," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan SPRM memanggil lima selebriti termasuk seorang daripadanya dipanggil kali kedua selepas didapati kemungkinan perniagaan dijalankan ada kaitan atau aktiviti 'cuci duit' terbabit.

Mereka terdiri pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara termasuk seorang wanita dipanggil bagi membantu dan melengkapkan siasatan mengenai pengubahan wang haram.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan yang terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 8:48 PM