Gambar hiasan. FOTO NSTP
Gambar hiasan. FOTO NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Empat individu dijangka direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini di Putrajaya bagi membantu siasatan kes penggubahan wang haram.

Menurut sumber, SPRM dijangka menahan dua lelaki dan dua wanita untuk siasatan sindiket perjudian dan pelaburan wang haram ke dalam perniagaan milik selebriti yang juga usahawan.

"Tindakan berkenaan dipercayai untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Susulan itu, petang ini dijangka empat individu akan direman bagi membantu siasatan," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan pasangan selebriti yang juga usahawan terkenal, dipanggil memberi keterangan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram.

Difahamkan pasangan berusia 36 tahun itu dipanggil sejak jam 4 pagi di Ibu Pejabat SPRM dan menurut sumber, ia bagi siasatan terhadap dakwaan terbabit dalam perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penggubahan wang haram yang sedang disiasat oleh SPRM.

Terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal akan turut dipanggil SPRM bagi kes sama, mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 SPRM.

Berita berkaitan

Pasangan suami isteri selebriti bantu siasatan pengubahan wang haram

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2020 @ 1:29 PM