Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perlantikan itu berkuat kuasa hari ini dimaklumkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah PRU-15 untuk memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya percaya Datuk Seri dapat memberi komitmen dan melaksanakan tanggungjawab ini seterusnya membantu kemenangan Umno dan BN dalam PRU-15 akan datang," kata Ahmad Zahid dan surat berkenaan.

Tajuddin yang juga Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) antara Ahli Parlimen senior Umno dan BN yang lantang berbahas dalam setiap sidang Parlimen.

TAJUDDIN. FOTO Arkib NSTP
TAJUDDIN. FOTO Arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 6:42 PM