FOTO ARKIB NSTP
FOTO ARKIB NSTP
BERNAMA

Johor Bahru: Dua pasar awam di Pasir Gudang, dekat sini, ditutup selama enam hari mulai esok sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan kes Covid-19.

Dalam satu notis pemberitahuan menerusi Facebook rasminya, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) memaklumkan penutupan Pasar Awam Masai dan Pasar Muafakat Sabah @ Johor itu dibuat sehingga 17 Oktober ini.

Langkah itu dibuat selepas MPPG mengenal pasti terdapat kes penularan Covid-19 di sekitar kawasan Masai.

"Segala aktiviti perniagaan adalah dilarang selama tempoh arahan penutupan. Kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang penguatkuasaan tanpa sebarang notis," kata MPPG.

Semalam, dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Masai dan Sekolah Agama As-Syakirin Masai dilaporkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Oktober ini ekoran terdapat kes positif Covid-19 dikesan di sekolah itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 5:28 PM