PENUNTUT menunggu giliran untuk pendaftaran. FOTO Rohanis Shukri
PENUNTUT menunggu giliran untuk pendaftaran. FOTO Rohanis Shukri
Murnaena Muhammad Nasir


Kuala Lumpur: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkandas susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal di kampus mendapat perhatian warganet menerusi hashtag #SiswaJagaSiswa di Twitter.

Hahtag itu digunakan bagi membantu penuntut terkandas itu sejak semalam dan meraih lebih 35,000 ciapan setakat ini diikuti hashtag #RakyatJagaRakyat dan #TolongBantu.

Tinjuan wartawan mendapati lebih separuh daripada ciapan yang menggunakan hashtag #SiswaJagaSiswa adalah pemilik akaun bermurah hati menghulurkan bantuan kepada penuntut terkandas.

Antara bentuk bantuan yang disiarkan termasuk bantuan kewangan pribadi, pembelian tiket penerbangan dan bas, penghantaran ke stesen bas serta kediaman sementara.

Ciap @amliamri: "Kepada pelajar yang perlukan bantuan bayar tiket tambang balik dan makanan. Jangan teragak-agak untuk DM (mesej peribadi) saya. Akan cuba bantu selagi mampu, Insyaallah."

Selain itu, ciap @anarossley: "Sedang mengumpulkan pelajar yang terkandas di Penang. DM sekiranya perlukan bantuan pengangkutan dan kewangan."

Di samping itu, @FarhanAmran, berkata, setakat 10.24 malam tadi, 35 orang ditempatkan di rumah sekeliling Petaling Jaya, 21 tiket bas dan tiga tiket penerbangan berjaya ditanggung namun tidak mendedahkan maklumat penerima dan pemberi bantuan atas dasar privasi.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua IPT menangguhkan pendaftaran penuntut secara fizikal atau bersemuka di kampus.

Sementara iti, hari ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad memohon maaf atas kesulitan yang timbul berikutan penangguhan itu.

Noraini menjelaskan cadangan (penangguhan pendaftaran) dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Katanya, penuntut yang sudah tiba (di IPT), boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti manakala penuntut yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, dimohon tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.

Berita berkaitan:

  • 'Saya mohon maaf atas segala kesulitan'
  • Tangguh pendaftaran fizikal
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 4:27 PM