RUSLIN pada sidang media bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. FOTO Aswadi Alias
RUSLIN pada sidang media bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. FOTO Aswadi Alias
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kota Kinabalu: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melucutkan 7,593 rakyat Malaysia yang memiliki dua kerakyatan sejak 1957 hingga Ogos lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata, Singapura dan Australia antara dua negara yang menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia menukar kewarganegaraan.

Katanya, Malaysia tidak membenarkan rakyatnya memiliki lebih daripada satu kewarganegaraan.

Beliau berkata, JPN tidak memiliki pangkalan data khusus untuk mengesan seseorang itu memiliki kerakyatan asing melainkan pihaknya menerima aduan.

"Mereka yang dikesan memiliki dua kerakyatan boleh dilucutkan kewarganegaraan selepas JPN berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan.

"JPN akan memulakan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kesalahan itu," katanya dalam sidang media di JPN Sabah, hari ini.

Ruslin berkata, individu yang dilucut kerakyatan sekali gus tidak ada hak mengundi, memperoleh aset, kemudahan pendidikan dan kesihatan.

"JPN menyeru dan menasihatkan mereka yang mempunyai dwi kerakyatan untuk menyerahkan salah satu kewarganegaraan.

"Kami memandang serius perkara ini dan rakyat Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya memiliki dwi kerakyatan kerana itu kesalahan mengikut undang-undang negara," katanya.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 5:57 PM