Mohd Amin Jalil


Seremban: Bapa yang membenarkan anak lelakinya berusia 11 tahun memandu treler dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, lelaki berusia 39 tahun itu debebaskan selepas ditahan Isnin lalu dan direman dua hari.

"Siasatan sudah dijalankan terhadap bapa kanak-kanak itu dan pihak kita sudah melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika, di sini, hari ini.

Sebelum ini, video kanak-kanak itu memandu treler di Rantau, tular dalam WhatsApp.

Berita berkaitan:

  • Bapa budak pandu treler direman
  • Polis cari penjaga kanak-kanak pandu treler pula [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 2:02 PM