GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

KLUSTER Syarikat Pembinaan Kuching diisytiharkan tamat selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata demikian dalam kenyataan hari ini.

Kluster berkenaan dikesan pada 25 Julai lalu selepas dua orang pekerja syarikat pembinaan warga tempatan disahkan positif Covid-19.

"Kluster ini mula dikesan apabila kes indeks kluster ini, iaitu kes ke-578 menjalani pemeriksaan kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta Kuching pada 11 Julai.

"Hasil keputusan makmal mendapati beliau positif untuk rT-PCR Covid-19 pada 12 Julai. Susulan pelaporan kes ini, kes kedua (kes-649) dikesan hasil daripada aktiviti saringan kontak kes pertama," menurut JPBN.

Kluster Syarikat Pembinaan Kuching adalah terpencil dan berjaya dibendung dengan usaha serta kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan semua ahli JPBN Sarawak.

Sementara itu, setakat hari ini, terdapat enam kluster yang masih aktif di Sarawak.

Kluster yang masih aktif itu ialah kluster Syarikat Kejuruteraan (lapan kes); kluster Mambong (tujuh kes); kluster Sentosa (31 kes); kluster PUI Melbourne (tujuh kes); kluster Pasar Satok (empat kes) dan kluster Seri Alam, Bintulu (empat kes).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 8:33 PM